ABDULLAH MU'IZZ BIN NASRON
  • MUKA DEPAN
  • BIODATA SAYA
  • REFLEKSI
  • TUGASAN

Minggu 14


Assalamualaikum semua..

Minggu ini adalah minggu terakhir saya mengikuti kursus GE1155. Pada minggu ini Cik Mazalah telah membuat refleksi untuk semua topik-topik yang telah diajar seperti: 

1. Pengenalan kursus
2. Konsep komputer sebagai 'alat' 'guru' dan 'pelajar'
3. Platform perbincangan di atas talian
4. Isu-isu berkaitan komputer dalam pendidikan
5. Prinsip asas pembentangan slaid Powerpoint
6. Kajian Mini
7. Desktop Publishing
8. Proses Perancang Pembangunan Video
9.Video dalam Pendidikan
10. Excel

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Fariza dan Cik Mazalah kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya mengikuti kursus ini.
Kursus ini sangat membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT. Jumpa lagi. Sekian.

Minggu 13 - Tugasan 8

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada minggu ini saya masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk menulis refleksi tentang kursus GE1155 . Pada minggu ini saya dan rakan-rakan sekelas telah diberi tugasan baru iaitu tugasan 8. Tugasan kali ini menuntut saya bagaimana menggunakan Excel dan mencari formula dengan Excel. Dalam tugasan ini, Cik Mazalah telah meminta kami mencari nilai  Gred matapelajaran murid di sekolah rendah seramai 15 orang. Nama sekolah adalah bebas. Saya telah memilih nama Sekolah Kebangsaan Putra  kerana sekolah tersebut adalah sekolah lama saya dan banyak berjasa kepada saya. Selain itu, saya perlu menggunakan formula VLOOKUP, STDEV, AVERAGE, COUNTIF, sort, filter dan graph dalam excel untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga diajar bagaimana hendak memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi 5 matapelajaran utama. Selepas segalanya selesai, saya diminta Cik Mazalah untuk mengedit jadual data dengan warna. Tujuannya adalah untuk jadual kelihatan cantik.


Alhamdulillah.. Dengan tunjuk ajar dan bimbingan Cik Mazalah saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Terima kasih Cik Mazalah.

Minggu 12 - Tugasan 7

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah bertemu lagi kita di minggu yang ke-12. Pada kali ini saya dan kawan-kawan  sekelas telah diberi tugasan baru iaitu tugasan membuat video. Tugasan ini menuntut setiap kumpulan membina satu video berdasarkan topik dan tugasan 3 yang telah kami siapkan sebelum ini.

Pertama, kami perlu perlu memilih aplikasi penyuntingan video yang sesuai sebelum membuat video. Kami diberi kebebasan untuk memilih sebarang aplikasi video contohnya seperti Powtoon, Movie maker dan lain-lain. Kumpulan saya telah memilih aplikasi Powtoon untuk membuat video dan aplikasi ini sangat menarik untuk digunakan selain daripada mesra pengguna.URL untuk aplikasi ini ialah (http://www.powtoon.com).

Kumpulan saya telah membuat video yang bertajuk "Keupayaan Pelajar IPT Berkomunikasi Menggunakan ICT". 

Minggu 11 - Tugasan 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Syukur kehadrat Ilahi kerana minggu ini saya masih dapat mengikuti pembelajaran dalam kursus ini.

Pada minggu ini saya dan kumpulan saya diberi tugasan untuk membuat laporan berdasarkan soal selidik kajian kami pada minggu yang ke-10. Kami perlu menjenguk Google Drive untuk mendapatkan kembali maklumat. Tugasan ini sedikit mencabar bagi saya kerana perlu menganalisis satu persatu soalan soal selidik yang telah kami lakukan sebelum ini. Semua respon daripada kajian telah dianalisa dan diterjemahkan kedalam bentuk graf dan jadual. 

Tugasan ini telah membantu saya menggunakan microsoft excel buat kali pertama dan saya gembira kerana dapat mempelajarinya. Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Maza dan ahli kumpulan saya kerana telah memberi tunjuk ajar.

Minggu 10 - Tugasan 6

Picture
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Alhamdulillah, pejam celik sudah sampai ke minggu 10 saya mengikuti kursus ini.

Minggu ini tugasan yang perlu dilaksanakan ialah setiap kumpulan perlu menukarkan persembahan PowerPoint Tugasan 3 (Pembelajaran Tentang ICT) ke dalam bentuk brosur. Brosur yang perlu dihasilkan adalah dalam format Microsoft Publisher (fail berformat *.pub) dan Microsoft Word (Fail berformat .doc). Jadi, 2 brosur yang sama tetapi berformat berbeza telah saya hasilkan.

Sebelum ini saya tidak pernah kenal apa itu brosur, Inilah pengalaman pertama saya menggunakan brosur.
Jadi, pada pendapat saya, terdapat beberapa kelebihan menggunakan Publisher untuk menghasilkan brosur berbanding Word. Antaranya :

 a) Teks dan imej lebih mudah diformat dan diubah.


 b) Banyak templet yang menarik dan pelbagai pilihan untuk dokumen jenis Brosur


 c) Publisher merupakan perisian DTP (Desktop Publishing) atau penerbitan-atas-meja berbanding Word (perisian dokumen). Jadi fitur publisher agak berbeza berbanding word.

Terdapat juga kekurangan publisher iaitu :

 a) Penggunaan saiz yang lebih besar berbanding word iaitu publisher sebanyak 10MB manakala word hanya 1MB.

Kesimpulannya, pembelajaran pada minggu ini telah meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang bidang komputer. Oleh itu, saya berharap agar pensyarah saya iaitu Cik Mazalah berpuas hati dengan hasil kerja saya dan kumpulan saya. 


Minggu 9 - Tugasan 5

Alhamdulillah..
Pembelajaran saya dalam kursus GE1155  telah memasuki minggu ke 9. Pada minggu ini saya dan rakan-rakan masih dalam tugasan 5.

Tugasan kali ini adalah rentetan sambungan dari tugasan minggu lepas iaitu minggu ke 8 dan tugasan tersebut adalah membuat soalan menggunakan google form kemudian di upload ke dalam portfolio forum weebly.

Bagi pandangan saya, memasukkan soalan ke dalam google form agak mudah kerana aplikasinya begitu senang untuk difahami oleh sesiapa yang ingin mencubanya.Alhamdulillah dengan penerangan yang berkesan dari pensyarah saya iaitu Cik Mazalah, maka proses tugasan saya menjadi senang untuk membuatnya.

Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih kepada Cik Mazalah di atas tunjuk ajar.


Minggu 8 - Tugasan 5

Pada minggu ini saya dan rakan-rakan telah diberi tugasan yang ke 5. Sebelum tugasan diberi, saya dan rakan-rakan perlu mendengar penerangan daripada Cik Mazalah serta menonton Video yang terperinci yang disediakan oleh Dr Fariza, Alhamdulillah, melalui penerangan dan alat bantu mengajar berikut, tugasan saya sedikit mudah kerana saya dapat memahami kehendak tugasan serta dapat membuat soalan seperti yang dikehendaki.

Cik Mazalah telah mengajar kepada kami bagaimana untuk membuat pembentukan soalan dalam soal selidik serta penyediaan soal selidik diatas talian.
Sebelum membuat soal selidik di atas talian, Cik Mazalah menyuruh kelas kami menghantar email draf soalan tersebut kepada beliau untuk menyemak jika terdapat soalan yang tidak menepati kehendaknya.

Secara kesimpulannya, sebelum ini memang tidak pernah saya membuat soal selidik di atas talian. Setelah mempelajarinya, Alhamdulillah saya dapat membuat soalan dengan agak mudah. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik. Mazalah dan Dr.Fariza atas kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian.


Minggu 7 - Tugasan 4


Pada minggu ini saya dan rakan-rakan telah diberikan tugasan yang ke empat. Tugasan ini agak mencabar kerana kumpulan saya perlu membuat proses penyelidikan (mini research) berdasarkan tajuk yang dipilih. Tajuk yang kumpulan kami pilih adalah; 
Keupayaan Pelajar IPT Berkomunikasi Menggunakan ICT


Cik Mazalah telah memberi penerangan bagaimana untuk membuat proses penyelidikan (mini research) berdasarkan; tajuk kajian, penyataan masalah, objektif, persoalan kajian dan responden/ sampel kajian. 

Setelah kesemua maklumat siap dan lengkap, Cik Mazalah menyuruh kami semua menghantar kesemua maklumat ke dalam google drive beliau untuk membuat semakan seterusnya. 

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik. Mazalah di atas kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan tugasan kali ini.


Minggu 6 -Tugasan 3

Pada minggu ini saya dan rakan-rakan masih dalam tugasan 3 tetapi tugasan kali ini adalah membuat persembahan power point dengan mengaplikasikan Prinsip CASPER dari segi pemilihan teks,grafik dan warna yang sesuai.

Baiklah, disini saya akan ceritakan serba sedikit mengenai apa itu prinsip CASPER. Prinsip CASPER adalah salah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi pengurusan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat menarik minat audiens terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan CASPER sebenarnya bermaksud :

C=Contrast
A=Alignment 
S=Simplycity 
P=Promixity 
E=Emphasis 
R= Repitition.

Alhamdulillah untuk tugasan yang diberikan kali ini dapat saya laksanakan dengan mengaplikasikan semua slaid persembahan saya menggunakan prinsip CASPER. Sebagai hasil,persembahan slide saya lebih menarik dan berkesan. Keseluruhannya saya amat berpuas hati.

Setelah siap membuat slaid persembahan, Nizam sebagai ketua kumpulan saya telah meng upload slide tersebut kepada pensyarah pendidikan komputer kelas kami, Cik Mazalah dan telah meng share kepada saya dan Syarifudin.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Fariza dan Cik Mazalah kerana bimbangan dan tunjuk ajar dalam membantu saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan kali ini. 


Minggu 5 - Tugasan 3

Pada minggu kelima kelas komputer, saya dan rakan sekelas yang lain telah diberikan tugasan ketiga iaitu tugasan yang bertajuk "isu-isu berkaitan komputer dalam pendidikan" oleh Cik Mazalah. Tugasan kali ini harus dibuat secara berkumpulan dan cara untuk mendapatkan soalan ialah dengan setiap ketua kumpulan harus mengambil satu kertas tertutup yang terdiri daripada lapan kertas di meja depan. Proses ini dinamakan mencabut undi ataupun mencabut nombor. Kumpulan saya telah mendapat nombor 5 dan tajuk yang diberikan ialah "Kemahiran ICT abad ke-21".

Cik Mazalah telah memberi penerangan di dalam makmal komputer bagaimana untuk mencari maklumat berdasarkan tajuk yang diberi. Antaranya ialah dengan mencari bahan maklumat  menggunakan enjin carian google, google scholar dan pengkalan data langganan UKM. 

Penggunaan enjin carian google amat mudah untuk mencari maklumat apa yang saya mahu. Selain itu, menggunakan enjin carian Google scholar amat memudahkan juga kerana enjin carian ini mengkhusus kepada carian teks ilmiah dalam pelbagai format penerbitan. Ini adalah pengalaman pertama saya menggunakan Google scholar. Saya juga telah menerokai carian internet menggunakan pengkalan data langganan UKM. Untuk menggunakan enjin carian ini, saya perlu mengakses pengkalan data langganan UKM dan Alhamdulillah saya dan rakan-rakan berjaya mendaftar akaun tersebut di web UKM iaitu www.ukm.my/ptsl . Saya dan rakan-rakan boleh mengakses web tersebut dengan jayanya dan terdapat banyak bahan rujukan yang terdapat pada laman web www.ezplib.ukm.my.

Kesimpulannya, dalam keghairahan menggunakan pembelajaran tentang teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.




Minggu 4 - Tugasan 2

Pada minggu keempat saya telah belajar mengenai Learning Management System (LMS) dan Content Management System (CMS) 

Sebelum ini, saya memang tidak pernah dengar mengenai 
Learning Management System (LMS) dan Content Management System (CMS) . Tetapi menerusi tugasan 2 yang diberikan, dapatlah saya mengetahui serba sikit mengenai Learning Management System (LMS) dan Content Management System (CMS) 

Di internet saya mencari mengenai apa itu LMS dan CMS, bagaimana LMS dan CMS berfungsi, apakah perisian yang digunakan oleh LMS dan CMS serta perbezaan diantara LMS dan CMS.

Apa itu LMS dan CMS?
Learning Management System (LMS) adalah aplikasi perisian yang digunakan khusus untuk  pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan dan penyampaian kursus pendidikan e-pembelajaran atau program latihan. Manakala Content Management System (CMS)   adalah sistem yang digunakan untuk menguruskan kandungan editorial laman web.

Fungsi LMS dan CMS?
Learning Management System (LMS) berfungsi iaitu dengan membuat rakaman latihan atau pembelajaran secara individu atau dalam kumpulan, dan kemudian merakam dan menguruskan perolehan latihan itu. Manakala Content Management System (CMS) dikenali sebagai sistem pengurusan web perisian atau kumpulan atau aplikasi  yang membolehkan pengguna untuk mewujudkan kandungan web, mengedit, menyemak dan menerbitkan teks elektronik. 

Perisian yang digunakan LMS dan CMS ?
Antara perisian yang digunakan oleh LMS adalah seperti GROVO, MOODLE, iLMS, EDMODO dan BLACKBOARD. Manakala perisian yang digunakan oleh CMS adalah seperti JOOMLA, WORDPRESS, DRUPAL, MOVABLETYPE dan MAMBO.

Apakah perbezaan LMS dan CMS ?
LMS ialah menyampaikan dan menguruskan semua keperluan pembelajaran organisasi. Manakala CMS ialah Sistem Pengurusan Kandungan pada asasnya direka bentuk untuk menyokong kursus pendidikan atau akademik.

Secara keseluruhannya, saya dapatlah tahu seba sedikit mengenai 
Learning Management System (LMS) dan Content Management System (CMS)


Minggu 1 hingga minggu 3

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

Terlebih dahulu saya memanjat penuh kesyukuran terhadap Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya mengikuti kursus GGGE1155 iaitu kursus Komputer Dalam Pendidikan bersama-sama dengan pensyarah hebat Cik Mazalah Binti Ahmad dan kawan-kawan seperjuangan yang lain dalam kelas yang dinamai kelas siri2. Bidang komputer bukanlah bidang kemahiran saya namun dengan adanya tenaga pengajar yang profesional mengajar, bidang ini sangat mudah untuk dipelajari. Saya akan menceritakan pengalaman minggu 1 dan 2 saya mengikuti kursus ini.

Minggu pertama saya dan kawan-kawan diminta berkumpul di Dewan Budiman Fakulti Pendidikan serta diperkenalkan dengan kursus ini buat pertama kali oleh Dr. Fariza, ketua pengajar kursus ini. Kami diperkenalkan dengan pengenalan ringkas tentang laman web weebly, google drive, dropbox dan sebagainya. Kami juga diterangkan mengenai laman weebly yang mempunyai banyak kepentingan kerana terdapat info-info berguna dan tugasan di dalamnya. Kesemua perkara ini deperkenalkan adalah kerana kami perlu membinanya pada minggu kedua.

Pada minggu kedua, saya mula memasuki kelas Cik Mazalah buat kali pertama. Perasaan saya agak berdebar-debar dan ketika itu mungkin kerana saya fikirkan pensyarah yang mengajar garang atau sebaliknya. Tugasan pertama yang diberikan oleh Cik Mazalah ialah saya perlu membuat satu kumpulan yang memerlukan ahli sebanyak tiga orang. Alhamdulillah, kerja ini senang diuruskan kerana saya mengenali rapat kawan-kawan saya. Kumpulan saya terdiri daripada Mat Din dan Nizam.

Seterusnya, kami dikehendaki membina akaun g.mail untuk mencipta Google Drive. Proses ini tidak mengambil masa yang lama kerana kebanyakan semua sudahpun mempunyai akaun tersebut. Selesai proses ini kami diajar untuk membuat google drive. Kami difahamkan google drive berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan data. Saya sudah mulai faham tentang fungsi aplikasi ini iaitu fungsinya sama seperti pendrive. Kemudian, kami diajar lagi untuk membina akaun Dropbox. Fungsi ini juga sama seperti google drive. Kami dikehendaki menyimpan nota dalam kedua-dua aplikasi tersebut.

Bagi akaun weebly pula, saya dibekalkan dengan” username” dan “password” oleh Cik Mazalah untuk mendapat akaun weebly pelajar. Username saya ialah “anasron001” dan diberi password “123456” Saya agak kurang faham tentang web ini namun setelah mempelajarinya ternyata web ini seperti blog malahan lebih mudah dan menarik lagi. Tetapi saya agak kecewa nama saya dalam akaun ini salah dieja dan Cik Mazalah memberitahu saya agar berjumpa dengan Dr. Fariza untuk pembetulan. Perasaan saya kembali gembira mendengar penjelasan tersebut dan saya serta kawan-kawan yang lain dikehendaki menukar password masing-masing seterusnya diberikan tugasan selesai membuat akaun weebly.

Pada minggu ketiga, Cik Mazalah memberi tugasan kepada kami sekelas dengan mencari maklumat tentang fungsi komputer sebagai ‘alat’, ‘guru’, dan ‘pelajar’ untuk di upload ke Weebly. Saya telah mencari maklumat tersebut dengan menggunakan Google Search.Secara keseluruhannya tugasan ini nampak mudah, namun banyak pengajaran yang tersurat dan tersirat saya peroleh daripadanya contohnya seperti pandai mencari kata kunci untuk mendapatkan sesuatu maklumat dan bijak mengenalpasti maklumat untuk diambil sebagai nota yang berkesan. Secara tidak langsung saya telah belajar cara untuk mencari, menapis dan menstruktur semula maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk yang mudah difahami.

Keseluruhannya, saya merasa sangat berpuas hati selama tiga minggu pertama pembelajaran saya dalam kursus ini. Bukan sahaja kursus ini sangat menarik, saya juga mempunyai pensyarah yang baik, kumpulan yang bersemangat dan tempat belajar yang selesa. Sekali lagi saya besyukur kepada tuhan kerana memberi keizinan untuk menduduki kursus Komputer dalam Pendidikan yang dianggap kursus yang sangat bermanfaat pada masa kini dan hadapan dalam bidang pendidikan. Harapan saya ialah saya dapat mengikuti kursus ini sehingga tamat dengan jayanya. 

INSYA-ALLAH..

Powered by Create your own unique website with customizable templates.